Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang bola sepak Pele disemadi dalam makam mewah di Sao Paulo

Anggaran Waktu Membaca:
SAO PAULO: Makam legenda bola sepak, Pele yang bersalut emas di Brazil dibuka kepada umum pada Isnin (15 Mei).

Makam di mana mendiang yang turut dikenali sebagai "O Rei" disemadikan, selepas kematiannya pada usia 83 tahun akibat barah, terletak di aras satu bangunan bertingkat Peringatan Necropole Ecumenica.

Bangunan pemakaman itu juga disifatkan sebagai yang tertinggi di dunia, terletak kurang satu kilometer dari stadium Vila Belmiro, kelab kesayangannya, Santos.

Tempat persemadian mendiang juga luar biasa, dengan replika sebuah stadium besar lengkap dengan gambar penyokong di tempat duduk, rumput tiruan dan paparan langit yang dicat pada siling.

Bilik di mana terletaknya keranda juara dunia tiga kali itu juga menampilkan dua patung bersalut emas dengan saiz sebenar.

Makam bersalut emas itu ditempatkan bersama salib di atasnya dan dua panel di bahagian tepi, bagi memaparkan gol ke-1000 beliau dan aksinya semasa menyumbat gol di stadium Maracana pada 1969.

Di sudut dewan peringatan itu juga dipamerkan ketiga-tiga jersi yang disarungkan bintang bola sepak Brazil itu.

Ia terdiri daripada jersi bagi Santos, pasukan negara Brazil dan New York Cosmos, di mana beliau bersara pada 1977.

Bangunan Memorial Necropole Ecumenica menjadi salah satu daya tarikan pengunjung dari merata dunia.

Bagaimanapun, hanya 60 pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu hari, dan mereka perlu buat pendaftaran dahulu.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan