Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang baru badminton S'pura sasar Olimpik selepas tewaskan Lin Dan

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew bertekad untuk melayakkan diri bagi Sukan Olimpik Tokyo selepas berjaya menewaskan juara badminton China, Lin Dan, di Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang baru badminton S'pura sasar Olimpik selepas tewaskan Lin Dan

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar: Jane Piyatat/AFP)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 09:55PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:58PM

SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew bertekad untuk melayakkan diri bagi Sukan Olimpik Tokyo selepas berjaya menewaskan juara badminton China, Lin Dan, di Thailand.

Loh menewaskan juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan, 21-19, 21-18 untuk menjuarai kejohanan Thailand Masters pada hujung minggu lalu.

"Ia merupakan satu pencapaian hebat. Saya tidak menjangkakannya," kata atlit berusia 21 tahun itu kepada agensi berita AFP pada Rabu (16 Jan).

Loh kini menduduki tempat ke-77 dalam ranking pemain sedunia selepas meraih kemenangan dalam persaingan dengan Lin, yang merupakan pemain ranking pertama dalam pertandingan di Bangkok.

Loh perlu terus mempamerkan prestasi cemerlang dan mendaki jauh lebih tinggi dalam ranking dunia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020. Beliau berharap untuk mencatat kemajuan cukup baik pada tahun seterusnya untuk mencapai matlamat itu.

"Matlamat saya adalah untuk cuba melayakkan diri bagi Olimpik dan kemudian cuba untuk memenangi pingat Olimpik," kata Loh.

Loh berasa keberatan untuk dibandingkan dengan Joseph Schooling, perenang negara yang memenangi pingat emas Olimpik pertama Singapura di Rio pada 2016. Bagaimanapun, beliau menambah: "Tiada apa yang mustahil dan saya sentiasa berusaha untuk mencapai impian saya." 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan