Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang Arsenal Ozil sokong kempen kumpul dana rawatan bayi hidap gangguan genetik

Pemain tengah Arsenal Mesut Ozil pada Isnin menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu seorang bayi yang menghidap penyakit neuromuskular, lapor Agensi Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Arsenal Ozil sokong kempen kumpul dana rawatan bayi hidap gangguan genetik

Mesut Ozil.

Diterbitkan : 22 Sep 2020 02:06PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 02:07PM

ANKARA: Pemain tengah Arsenal Mesut Ozil pada Isnin menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu seorang bayi yang menghidap penyakit neuromuskular, lapor Agensi Anadolu.

"Saya mahu menggunakan akaun Twitter saya untuk membantu Metehan. Metehan didiagnosis dengan 'Spinal Muscular Atrophy' - gangguan genetik. Dengan sumbangan anda dan twit semula (RT) anda, kita dapat bersama membantu menyelamatkannya," kata Ozil dalam satu kiriman di laman media sosial.

Ozil, 31, rakyat Jerman berketurunan Turki pernah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia FIFA 2014.

Metehan Fidan bayi lelaki berusia 11 bulan menderita penyakit itu dan perlu menjalani terapi gen 'Zolgensma' untuk pulih dan kos rawatan melibatkan kos AS$2.1 juta (S$2.86 juta).

Sumbangan boleh dibuat di "www.metehansmajourney.co.uk" 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan