Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bilbao benam Barcelona 3-2; Messi dibuang padang

Lionel Messi dibuang padang buat pertama kali sejak menyarung jersi Barcelona sementara Athletic Bilbao pula mencatatkan kemenangan mengejut 3-2 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol itu untuk menjulang Piala Super Sepanyol pada Ahad (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bilbao benam Barcelona 3-2; Messi dibuang padang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 02:52PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 02:55PM

MADRID: Lionel Messi dibuang padang buat pertama kali sejak menyarung jersi Barcelona sementara Athletic Bilbao pula mencatatkan kemenangan mengejut 3-2 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol itu untuk menjulang Piala Super Sepanyol pada Ahad (17 Jan).

Sejurus sebelum masa tambahan berakhir, Messi mengasari Asier Villalibre, yang sebelum itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 untuk mengikat perlawanan 2-2.

Dua gol Antoine Griezmann pada mulanya dianggap sudah cukup untuk membantu Barcelona menjulang piala berkenaan tetapi jaringan hebat Inaki Williams tiga minit dalam masa tambahan memberikan kemenangan kepada Bilbao.

Messi mengenepikan masalah kecederaan yang dialaminya untuk turun padang dalam perlawanan di Seville dan terus bertindak lincah sepanjang 120 minit untuk meraih kemenangan bagi Barcelona.

Sebaliknya, pemain berusia 33 tahun itu hilang pertimbangan pada saat-saat akhir apabila beliau mengasari Villalibre.

Ini bermakna Messi dilayangkan kad merah buat pertama kali sepanjang 753 perlawanan mewakili Barcelona selain dua kali dibuang padang ketika beraksi untuk Argentina pada 2005 dan 2019.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan