BG Tampines Rovers dihukum dengan kekalahan 3-0 bagi perlawanan akhir Piala Singapura; gagal patuh peraturan FAS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Liga Perdana Singapura, BG Tampines Rovers telah dihukum dengan kekalahan 3-0 selepas gagal membariskan jumlah pemain tempatan yang ditetapkan dalam perlawanan akhir Piala Singapura menentang Lion City Sailors pada Sabtu (10 Jan).
Perlawanan akhir, yang diadakan di Stadium Jalan Besar, pada asalnya berakhir dengan kemenangan 2-0 untuk Sailors, dengan gol-golnya dijaringkan oleh Anderson Lopes dan Hami Syahin dalam masa tambahan.
Menurut peraturan Piala Singapura, “semua kelab hendaklah memastikan minimum empat pemain warga Singapura bermain sepanjang masa, kecuali bagi kes di mana pemain warga Singapura dibuang padang oleh pengadil sama ada kerana dilayangkan kad merah secara langsung atau sebaliknya”.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan pada Khamis (15 Jan) bahawa BG Tampines Rovers telah melanggar peraturan tersebut.
Peraturan itu juga menyatakan bahawa hukuman atas kesalahan menurunkan pemain yang tidak layak adalah kemenangan akan “diberikan kepada pasukan lawan yang tidak melanggar peraturan tersebut”, dengan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0 atau keputusan muktamad, yang mana satu lebih besar.
"Keputusan ini – atas pelanggaran peraturan pertandingan – telah dibuat selepas perlawanan dibenarkan berjalan seperti biasa sebelum insiden itu dikaji semula dan ditangani mengikut peraturan pertandingan," kata FAS.
"Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menekankan komitmennya untuk menegakkan integriti pertandingannya dan memastikan pematuhan ketat terhadap semua peraturan pertandingan."
Tampines telah memulakan perlawanan dengan lima pemain tempatan, tetapi melanggar peraturan apabila mereka menggantikan Joel Chew dengan bekas pemain antarabangsa Jepun, Yuki Kobayashi, pada minit ke-81.
Ini menyebabkan mereka hanya mempunyai tiga pemain warga Singapura yang beraksi dalam perlawanan tersebut - Faris, pemain pertahanan, Irfan Najeeb dan penjaga gawang, Syazwan Buhari.
Kira-kira dua minit kemudian, Tampines mengeluarkan pemain Jepun, Koya Kazama, untuk menggantikannya dengan pemain warga Singapura, Ong Yu En.
Perlawanan diteruskan selepas pertukaran ini dan walaupun terdapat penangguhan yang lama sebelum masa tambahan, 30 minit tambahan itu masih dimainkan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.