Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bertanding di samping dinosaur: Lokasi luar biasa bagi pasukan hoki tertutup SG sempena Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Bertanding di samping dinosaur: Lokasi luar biasa bagi pasukan hoki tertutup SG sempena Sukan SEA

Pasukan perubatan Sukan SEA bergambar bersebelahan sebuah dinosaur. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

PHNOM PENH: Pasukan hoki tertutup wanita Singapura memang sudah biasa bersaing di lokasi yang luar dari kebiasaan.

Semasa Sukan Asia Tenggara (SEA) pada 2017 di Kuala Lumpur, gelanggang hoki mereka terletak di sebuah pusat pameran dan konvensyen. Dua tahun kemudian di Manila pula, mereka beraksi di sebuah pusat beli-belah.

Namun, pada Isnin (1 Mei), mereka diturunkan di sebuah tempat, yang mungkin boleh dianggap sebagai yang paling unik setakat ini - di sebuah taman tema dinosaur di ibu kota Kemboja, Phnom Penh.
Gambar: CNA/Jeremy Long
"Setiap Sukan SEA, terdapat sesuatu yang berlainan bagi kami. Ia pastinya satu pengalaman yang unik," ujar penjaga gawang Chen Jingyi.

Dibina pada 2021, taman 'Dinosaurs Alive' merupakan yang terbesar seumpamanya di negara tersebut dan meliputi lebih 25,000 meter persegi. Ia dibahagikan ke beberapa bahagian seperti 'Dino Forest', 'Volcanic Zone' dan 'Desert Zone'.
Gambar: CNA/Jeremy Long


Terletak di sudut taman itu ialah sebuah struktur berhawa dingin, yang pernah menempatkan sebuah taman permainan tertutup. Dikenali sebagai 'Dinosaur Park Hall', ia telah diubah dan kini merangkumi sebuah gelanggang hoki tertutup serta tempat duduk penonton - dan juga tempat yang bakal menjadi lokasi untuk sukan hoki tertutup dan bola lantai bagi Sukan SEA ke-32.

Cik Chen berkongsi bahawa pasukannya terpegun sejurus ternampak dinosaur di laluan masuk taman itu dan menyifatkannya sebagai idea yang "kreatif" untuk mengadakan acara sukan di lokasi itu.


Meskipun orang ramai boleh memasuki 'Dinosaur Park Hall' secara percuma, mereka perlu membayar AS$8 (S$11) setiap seorang bagi mengunjungi taman tema 'Dinosaurs Alive'.

'Dinosaur Park Hall' mempunyai tempat masuk yang berlainan daripada seluruh taman tema tersebut.

Kemboja sebelum ini turut mengumumkan bahawa tiket bagi menyaksikan acara Sukan tersebut adalah percuma.

KALAH SEMASA PERLAWANAN PEMBUKAAN

Kedua-dua pasukan hoki tertutup Singapura memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan mencatat kekalahan pada Isnin (1 Mei). Pasukan wanita kecundang 0-8 di tangan juara bertahan Malaysia sementara pasukan lelaki negara ditumpaskan Indonesia 0-7.

Team Singapore (yang berpakaian hitam) beraksi dalam menentang pasukan dari Malaysia di Dewan Dinosaur Park pada 1 Mei 2023. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
Pada Sukan SEA sebelum ini, kedua-dua pasukan menang gangsa dalam acara masing-masing.

"Ia merupakan perlawanan yang mencabar. (Pasukan) Malaysia terdiri daripada atlit sepenuh masa, manakala kami hanyalah (atlit) sambilan saja," ungkap Chen mengenai perlawanan menentang para atlit Malaysia itu.
Penjaga gawang dari pasukan Singapura Chen Jingyi. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
Meskipun sebilangan anggota pasukannya membuat penampilan sulung semasa Sukan tersebut, Cik Chen menambah mereka tetap mempamerkan prestasi yang baik semasa perlawanan itu.

Pasukan wanita negara akan berdepan pasukan dari Indonesia pada Selasa (2 Mei), manakala pasukan lelaki pula akan menentang pasukan tuan rumah pada hari yang sama.

Sila daftar di mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma.

Anda juga boleh menyaksikan sedutan acara-acara pertandingan Sukan SEA di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan