Skip to main content

Iklan

error

  • Could not retrieve the oEmbed resource.

Iklan

Sukan

BERITA+: Penyokong setempat, serantau puji ketekalan Singa di AFF Suzuki

Sebilangan peminat sukan termasuk dari Indonesia, guna 'meme' untuk puji pasukan S'pura, yang berjuang habis-habisan meski kehilangan 3 pemain.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Penyokong setempat, serantau puji ketekalan Singa di AFF Suzuki

Petikan skrin pelbagai akaun Instagram menyuarakan rasa kagum terhadap penjaga gawang S'pura, Hassan Sunny susuli perlawanan Piala AFF Suzuki 2020 pada 25 Dis 2021.

BERITAmediacorp: Perjalanan pasukan bola sepak Singapura di Piala AFF Suzuki 2020 mungkin sudah berakhir, namun perbualan mengenai perlawanan itu masih berkicau.

Jika komen-komen online dijadikan sandaran, prestasi pasukan Singa boleh dikatakan 'memenangi' hati peminat bola sepak setempat dan serantau, meskipun kecundang 2-4 (atau 3-5 mengikut agregat) di tangan Indonesia setelah aksi kedua perlawanan separuh akhir pada Sabtu malam (25 Dis).

Selain kata-kata pembakar semangat, gambar menghiburkan atau 'meme' turut dikongsi para pengguna online bagi memberi penghormatan kepada kegigihan Singapura yang berjuang hingga ke saat-saat akhir meskipun kurang tiga pemain.

PERKEMBANGAN PENTING PERLAWANAN DISEBUT-SEBUT

Nama-nama pemain Singapura antara yang 'trending' di Twitter lewat malam semalam, termasuk pemain penyerang Faris Ramli dan Ikhsan Fandi serta pemain pertahanan Safuwan Baharudin, yang masing-masing berkait dengan perkembangan-perkembangan penting sepanjang perlawanan.

Petikan skrin Twitter.

Sejurus sebelum masa rehat, Safuwan menjadi yang pertama daripada tiga pemain Singapura yang diarah keluar padang sepanjang perlawanan itu. Keputusan pengadil jelas menjejas para peminat online, namun lebih menjejaskan lagi pasukan di padang.

Faris pula diamanahkan membuat tendangan penalti penting pada minit ke-89 dan meskipun tendangannya mengena sasaran, ia berjaya diselamatkan penjaga gawang gol Indonesia Nadeo Argawinata.

Manakala penjaga gawang pasukan Singa, Hassan Sunny dibuang padang di saat-saat akhir perlawanan. Ikhsan yang bertukar posisi daripada penyerang kepada penjaga gawang, mencetus reaksi kagum para peminat.

DIPUJI M'SIA, DITABIK INDONESIA

Tidak kurang juga reaksi di Facebook BERITAmediacorp, di mana sedutan perlawanan dan keputusan di akhir pertarungan sengit yang dimuat naik mengundang sekitar 600 komen kesemuanya.

Para pembaca, termasuk dari Malaysia, rata-rata memberikan kata perangsang dan memuji semangat tidak mahu kalah para pemain Singapura yang berjuang habis-habisan di padang.

"Tahniah team (Singa). Kalah bermaruah, semangat juang yang tinggi. Walaupun tinggal 8 pemain serang Tetap serang," komen pengguna Facebook, Md Isa Mahbob.

"Tahniah pemain Singapore, dari Malaysia. Aku tengok ref (pengadil) tadi berat sebelah," tulis Shahrani Shahrudin.

Ali Sumitomo dari Gelang Patah, Johor pula menulis: "Walaupun kalah saya puji permainan Singapore, kalah tapi beri saingan yang hebat. Keeper Singapore pun bermain agak baik, kalau keeper SG tak hebat rasanya gawang SG boleh kena bolos sampai 10".

Di Instagram, akaun-akaun penyokong pasukan bola sepak Indonesia turut menyanjungi semangat juang pasukan Singapura sampai ke wisel penamat.

Ini termasuk menggunakan 'meme' untuk memberikan hormat tabik kepada penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny yang menangkis serangan demi serangan daripada barisan penyerang Garuda.

Namun mungkin yang paling memberi kesan adalah catatan Twitter oleh pengguna bernama Kelvin Leong.

Menyaksikan kanak-kanak bermain bola di kolong blok sambil berteriak nama Shahdan Sulaiman ketika menjaringkan gol pagi tadi, Kelvin Leong menulis:

"Inilah yang dipamerkan oleh pasukan bola sepak Singapura semalam - iaitu memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya".

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan