BERITA+: Kekalahan Man Utd di tangan Liverpool cetus reaksi mencuit hati dari netizen
Tidak banyak sukan yang mampu membangkitkan reaksi begitu bersemangat daripada penyokongnya seperti bola sepak.
SINGAPURA: Tidak banyak sukan yang mampu membangkitkan reaksi begitu bersemangat daripada penyokongnya seperti bola sepak.
Ini disaksikan di media sosial baru-baru ini berikutan perlawanan antara seteru lama Manchester United dan Liverpool.
Kekalahan Manchester United di tangan Liverpool membawa rezeki tersendiri buat restoran makanan India, Saffrons di Tampines.
Mereka menerima banjiran pesanan lima roti prata kosong!
"Hari ini ada sesuatu yang tidak biasa berlaku....ramai orang memesan 5 (prata) kosong serentak" usik restoran itu di Facebook berserta foto lima roti prata kosong pada Isnin (25 Okt), merujuk kepada keputusan 5-0, Man United dibelasah
Liverpool dalam Liga Perdana England (EPL).
Bahkan ramai penyokong Liverpool, termasuk Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, mengongsi gurauan yang sama.
Ada peminat lain pula yang menyifatkan kekalahan Man United itu sebagai 'Tragedi Oktober' sambil mendendangkan lagu nyanyian Awie.
Pelbagai mainan kata turut dikongsikan daripada nama Mohamed Salah - antaranya 5 solat mampu lindungi daripada syaitan (The 5 daily salahs keeps the devil away).
Pemain Liverpool itu berjaya menjaringkan tiga daripada lima gol kemenangan ke atas 'the Red Devils'.
Pusat Polis Kejiranan Marine Parade pula tidak melepaskan peluang mendidik orang ramai mengenai lima langkah mudah bagi mencapai sifar kes penipuan.
Mungkin sahaja, buat masa terdekat ini, penyokong Manchester United akan berasa sensitif terhadap angka 5 dan 0.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.