Beri FAS ruang nilai prestasi "sangat hambar" bola sepak SG di Sukan SEA: ketua institusi sukan
Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Prestasi pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun di Sukan SEA ke-32 "sangat hambar", kata ketua Institut Sukan Singapura (SSI) Su Chun Wie pada Selasa (16 Mei).
"Saya galakkan kita semua beri Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) ruang buat masa ini, berikan pasukan kita ruang untuk muhasabah dan belajar, supaya apabila tiba masanya untuk FAS mengeluarkan kenyataan, kita boleh mendengar daripada mereka," kata Dr Su.
Berucap di sidang media di penghujung Sukan SEA, beliau memuji pencapaian keseluruhan atlit Singapura, yang mengakhiri pertandingan serantau itu dengan meraih 51 pingat emas, 43 pingat perak dan 64 pingat gangsa.
Ketua SSI itu juga menjawab soalan daripada pihak media tentang prestasi pasukan Singa Muda.

Dalam satu catatan Instagram minggu lalu, pemangku presiden FAS, Bernard Tan, menyifatkan kekalahan 7-0 itu sebagai "antara detik paling teruk dalam sejarah kami".
Beliau meminta maaf atas responsnya yang tidak sopan dan berkata bahawa emosinya "memuncak serta dihina" di akaun media sosialnya.
"Soalan-soalan yang sukar akan ditanya sepanjang dua minggu akan datang dan kami akan melakukannya secara terbuka," katanya.
Dr Su berkata pada Selasa bahawa FAS perlu mempertimbangkan apa yang harus dilakukannya secara "kukuh dan konkrit dan tegas."
PEMILIHAN BAGI SUKAN SEA "BUKAN AUTOMATIK"
Prestasi Singa Muda juga mencetuskan perdebatan dalam kalangan beberapa pihak mengenai pemilihan pemain bagi Sukan SEA dan pertandingan akan datang.
Menurut laman Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), kriteria pemilihan bagi Sukan SEA ke-32 termasuk para atlit yang mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan sebelum ini.
Bagi sukan berpasukan, mereka perlu menduduki tempat ketiga di antara negara-negara yang bertanding dalam Sukan SEA.
Pertimbangan lain termasuk potensi bagi pembangunan pada masa depan dan "tahap komitmen" mereka.
Dalam kes bola sepak, Setiausaha Agung SNOC Chris Chan memberi contoh projek negara iaitu Unleash the Roar.

"Kita harus mengakui bahawa mana-mana sukan atau Persatuan-persatuan Sukan Nasional (NSA) perlu berusaha dan menjalankan program-program yang bertujuan untuk mereka cemerlang...di tahap yang sangat tinggi, maka saya rasa sukar untuk menghalang mereka daripada bertanding dalam Sukan SEA, yang sebenarnya adalah peringkat permulaan bagi pertandingan besar," kata Encik Chan.
Para atlit dijamin dipilih jika mereka mencapai kedudukan tempat ketiga yang ditetapkan, tambahnya.
Anda boleh ikuti Sukan SEA ke-32 Kemboja 2023 secara langsung melalui tiga saluran khas di mewatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menyaksikan semua aksi kejohanan secara percuma, atau ikuti sedutan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.