Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bendera Indonesia terbalik di Sukan SEA 2023, Kemboja minta maaf

Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Indonesia terbalik di Sukan SEA 2023, Kemboja minta maaf

(Gambar: Kosmo)

Diterbitkan : 06 May 2023 01:40PM Dikemas Kini : 06 May 2023 01:41PM
PHNOM PENH: Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Hang Chuon Naron menemui rakan sejawatannya dari Indonesia Dito Ariotedjo pada Sabtu (6 Mei) untuk menyampaikan mohon maaf susuli insiden bendera negara berkenaan dikibarkan secara terbalik ketika upacara pembukaan temasya itu di Stadium Nasional Morodok Techo, pada Jumaat malam, lapor agensi berita Antara.

"Kami meminta maaf atas insiden (bendera Merah Putih terbalik) yang terjadi semalam," kata Encik Hang seperti dipetik dari akaun media sosial Encik Dito Ariotedjo.

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Indonesia menghantar surat penjelasan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) dan selepas menyedari kesilapan itu, pihak tuan rumah sudah meminta maaf kepada kontinjen Indonesia.

Setiausaha Agung NOC Indonesia, Harry Warganegara, berkata Kemboja mengakui kesilapan terbabit dan segera momohon maaf atas kejadian bendera merah putih yang terbalik.

Malah, mereka mengambil tindakan susulan dengan melakukan pemeriksaan di semua venue Sukan SEA bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

Kesilapan bendera Indonesia terbalik itu berlaku ketika salah seorang penyanyi tempatan Kemboja membuat persembahan diiringi penari yang membawa bendera 11 negara yang menyertai Sukan Sea Kemboja termasuk Indonesia.

Kesilapan itu berlaku apabila penari yang membawa bendera Indonesia semuanya terbalik, menjadi seperti bendera Poland.

Kejadian serupa pernah berlaku pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia menyebabkan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin tampil membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Indonesia.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan