Skip to main content

Sukan

Bellingham dinobat Pemain Terbaik England buat kali kedua berturut-turut

Jude Bellingham dinobat Pemain Terbaik England bagi kategori lelaki untuk musim kedua berturut-turut, selepas mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia FIFA 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Bellingham dinobat Pemain Terbaik England buat kali kedua berturut-turut

Jude Bellingham meraikan gol kedua England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 menentang Norway di Stadium Miami, Miami Gardens, Florida, Amerika Syarikat, pada 11 Julai 2026. (Gambar: REUTERS/Mike Segar)

Diterbitkan : 25 Sep 2026 09:31PM
  • Jude Bellingham dinamakan Pemain Terbaik England lelaki untuk musim kedua berturut-turut selepas FA mengumumkannya pada Jumaat, 25 September.
  • Pemain tengah Real Madrid itu menjaringkan tujuh gol di Piala Dunia FIFA 2026, rekod baharu England dalam satu kejohanan utama.
  • Gol pentingnya ketika menentang Mexico dan Norway membantu England meraih tempat ketiga, pencapaian Piala Dunia terbaik sejak 1966.
  • Anugerah dipilih melalui undian penyokong dalam aplikasi rasmi England, sementara Harry Kane kekal penjaring terbanyak negara untuk musim ketujuh berturut-turut.
Dijana oleh AI
LONDON: Jude Bellingham dinobat Pemain Terbaik England bagi kategori lelaki untuk musim kedua berturut-turut, selepas mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia FIFA 2026.

Persatuan Bola Sepak England (FA) mengumumkan perkara itu pada Jumaat (25 Sep).

Pemain tengah Real Madrid berusia 23 tahun itu menjaringkan tujuh gol di Piala Dunia 2026, sekali gus mencatat rekod bagi pemain lelaki England dalam satu kejohanan utama.

Bellingham turut membantu England menduduki tempat ketiga, pencapaian terbaik pasukan itu di Piala Dunia sejak muncul juara pada 1966.

Anugerah tersebut ditentukan menerusi undian penyokong dalam aplikasi rasmi England.

"Ini satu penghormatan besar untuk sekali lagi menerima pengiktirafan daripada para penyokong," kata Bellingham.

TUJUH GOL DI PIALA DUNIA

Antara tujuh gol Bellingham ialah dua jaringan ketika England mengalahkan Mexico 3-2 dalam pusingan 16 terakhir.

Beliau kemudian menjaringkan dua lagi gol ketika England menewaskan Norway 2-1 selepas masa tambahan dalam suku akhir.

Bellingham akhirnya menjadi pemain England pertama menjaringkan tujuh gol dalam satu kejohanan Piala Dunia.

Beliau juga menjadi pemain Eropah termuda beraksi dalam empat kejohanan utama.

Pengurus England Thomas Tuchel menyifatkan Bellingham sebagai antara pemain terbaik kejohanan dan memuji kemampuannya beraksi di bawah tekanan.

Sementara itu, kapten England Harry Kane muncul penjaring terbanyak pasukan kebangsaan bagi musim ketujuh berturut-turut.

Kane menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan bersama England musim lalu, menyamai catatan terbaiknya bersama skuad kebangsaan.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita