'Beliau ada DNAnya': Amad sokong Carrick untuk jawatan tertinggi Man Utd
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, adalah orang yang tepat untuk mengendalikan kelab Liga Perdana secara tetap, kata pemain sayap pasukan itu Amad Diallo.
Sejak mengambil alih tugas susulan pemecatan Ruben Amorim pada Januari, Carrick telah memimpin kelab itu untuk meraih tujuh kemenangan dalam 10 perlawanan, dengan hanya satu kekalahan.
Di bawah bekas pemain tengah United dan England itu, kelab Old Trafford nampaknya bersedia untuk kembali ke Liga Juara-Juara musim depan dan berada di tempat ketiga dalam Liga Perdana dengan baki tujuh perlawanan dalam kempen mereka.
"Dari pandangan peribadi, beliau adalah orang yang tepat. Beliau ada banyak pengalaman, beliau mengenali kelab ini dan ada bakat semulajadi. Hubungannya dengan setiap pemain sangat baik," kata Amad, pemain antarabangsa Ivory Coast, kepada pemberita pada Selasa.
"Kadangkala pengurus seperti ini boleh membawa kelab ke kedudukan mereka yang sebenarnya. Bukan pemain yang memutuskannya, tetapi pendapat jujur ​​saya ialah kami sangat gembira mendapatkan Michael Carrick sebagai pengurus."
Pemain penyerang Bryan Mbeumo, yang beralih dari kelab Brentford tahun lepas, turut menyokong sentimen tersebut, dengan mengatakan bahawa para pemain United mempunyai "pengalaman yang baik" bekerja dengan Carrick.
"Beliau tahu cara berkomunikasi dengan kami dan kami akan cuba memanfaatkan sebaik mungkin kepakaran beliau. Ia lebih mudah kerana beliau kenal tempat ini. Hebat untuk bekerja di bawah beliau," tambahnya.
Manchester United akan menentang Leeds United dalam perlawanan liga pada 13 April.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.