Skip to main content

Sukan

Belgium, Itali mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA

Romelu Lukaku membantu Belgium mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Denmark pada Rabu (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium, Itali mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 10:36AM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 10:40AM

PARIS: Romelu Lukaku membantu Belgium mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Denmark pada Rabu (18 Nov).

Itali turut mara ke kumpulan empat terakhir selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina.

Pasukan yang menduduki tangga nombor satu dunia, Belgium hanya perlu seri pada perlawanan terakhir Kumpulan 2 Liga A menentang Denmark di padang sendiri.

Jonas Wind menyamakan kedudukan bagi Denmark, tetapi Lulaku menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan Kevin De Bruyne memastikan kemenangan untuk pasukan Roberto Martinez selepas Thibaut Courtois membiarkan hantaran ke belakang Nacer Chadli melepasinya untuk gol sendiri.

Itali mendahului Kumpulan 1 dengan kemenangan 2-0 di Sarajevo hasil jaringan Andrea Belotti dan Domenico Berardi yang meletakkan mereka satu mata di depan Belanda.

Belanda bangkit menewaskan Poland 2-1 dengan kapten Georginio Wijnaldum menjaringkan gol kemenangan selepas penalti Memphis Depay membatalkan kelebihan gol pembukaan Kamil Jozwiak.

Itali dan Belgium menyertai Sepanyol dan juara Piala Dunia Perancis pada kejohanan akhir yang dijangka akan diadakan di Itali Oktober tahun depan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita