Belanda kalahkan Turki untuk mara ke separuh akhir EURO 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/JAVIER SORIANO)
BERLIN: Belanda berjaya bangkit dengan kemenangan 2-1 ke atas Turki di Olympiastadion, Berlin awal pagi tadi untuk melangkah ke peringkat separuh akhir EURO 2024.
Belanda ketinggalan 0-1 dalam separuh masa pertama apabila tandukan Samet Akaydin menewaskan Bart Verbruggen dan meletakkan Turki di hadapan dengan satu jaringan, lapor Astro Awani.
Anak buah Ronald Koeman lebih banyak mengatur serangan dalam separuh masa kedua dan mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi sukar menembusi benteng pertahanan Turki yang berdisiplin ketika bertahan.
Arda Guler hampir menggandakan jaringan pada minit ke-53 melalui tendangan bebas daripada luar petak penalti tetapi palang gol menjadi penghalang.
Dalam pada itu, serangan Belanda yang bermula daripada tendangan sudut memastikan jaringan penyamaan terhasil selepas Stefan De Vrij menanduk bola masuk pada minit ke-70 untuk menyamakan kedudukan.
Usaha Belanda pada minit ke-76 terbalas selepas hantaran Denzel Dumfries berjaya menghukum Turki yang mengakibatkan Mert Muldur tertampan masuk bola ke gawang sendiri untuk Belanda mendahului 2-1.
Keputusan 2-1 kekal hingga pengadil perlawanan dari Perancis, Clement Turpin, meniupkan wisel penamat, sekali gus mengesahkan kemenangan Belanda sebagai pasukan terakhir yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Belanda akan berdepan dengan England dalam perlawanan peringkat separuh akhir EURO 2024 pada minggu depan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.