Skip to main content

Sukan

Bekas penyerang, pengurus England Kevin Keegan meninggal dunia pada usia 75 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penyerang, pengurus England Kevin Keegan meninggal dunia pada usia 75 tahun

Kevin Keegan, bintang era 1970-an bagi pasukan Liverpool, yang juga pernah beraksi untuk Hamburger SV sebelum menjadi tokoh yang disanjungi sebagai pemain dan pengurus Newcastle United. (Gambar: Reuters/Phil Noble)

Diterbitkan : 21 Jul 2026 06:43AM
LONDON: Bekas penyerang dan pengurus England, Kevin Keegan meninggal dunia pada usia 75 tahun, lapor PA Media/dpa.

Keegan, bintang era 1970-an bagi pasukan Liverpool yang turut pernah beraksi untuk Hamburger SV sebelum menjadi tokoh disanjungi di Tyneside sebagai pemain dan pengurus Newcastle United, sebelum ini menjalani rawatan untuk barah tahap empat.

Kenyataan daripada keluarga Keegan menyatakan: “Dengan penuh rasa dukacita, kami mengumumkan bahawa Kevin Keegan telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.

“Kevin telah berjuang menentang barah dan dikelilingi isteri serta anak-anak perempuannya pada saat-saat terakhir beliau.

“Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali, Kevin merupakan seorang suami, bapa dan datuk yang amat dikasihi. Pihak keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan Kevin yang luar biasa atas segala sokongan mereka.

"Ini adalah tempoh yang amat sukar dan mereka memohon ruang serta privasi diberikan,” katanya.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita