Bekas penolong jurulatih Jepun Ogura dijangka ambil alih pasukan bola sepak SG: Sumber
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Yokohama F Marinos
SINGAPURA: Pasukan bola sepak lelaki Singapura dijangka akan mendapat jurulatih rakyat Jepun yang ketiga berturut-turut dengan Tsutomu Ogura, dikatakan pengganti Takayuki Nishigaya, menurut sumber kepada Mediacorp.
Ogura, 57 tahun, merupakan bekas penolong jurulatih pasukan negara Jepun (2006-2010) dan pasukan Olimpik (2010-2012).
Menyusuli khidmatnya itu, dia menyertai beberapa kelab Jepun,dengan peranan terakhirnya di Tokyo Verdy, selaku penolong jurulatih.
Pasukan itu menduduki tempat ketiga dalam Liga J2 pada musim lalu, dan memastikan promosi ke peringkat teratas Liga Jepang pada musim depan.
Awal bulan ini, ia menyatakan bahawa Ogura sudahpun meninggalkan kelab tersebut.
Pada Isnin (29 Jan), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan Takayuki Nishigaya dipecat.
Ia menyusuli rentetan keputusan buruk pasukan Singa di bawah pimpinan beliau selama 21 bulan.
Nishigaya mula menjadi ketua jurulatih pasukan Singa pada April 2022 menggantikan seorang lagi rakyat Jepun, Tatsuma Yoshida.
Baru-baru ini pasukan Singapura menduduki tempat paling bawah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di peringkat kumpulan selepas kalah di tangan Thailand dan Korea Selatan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.