Bekas pemain Tanjong Pagar United didakwa; tumbuk 2 pemain lawan susuli perlawanan di Stadium Jurong East
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan gambar dari video yang tular selepas perlawanan SPL antara Tanjong Pagar United dengan Albirex Niigata 10 Feb 2025.
SINGAPURA: Seorang bekas pemain bola sepak Tanjong Pagar United didakwa di mahkamah pada Rabu (23 Jul) berhubung insiden menumbuk dua pemain lawan pada Februari lalu, yang mengakibatkan kontraknya ditamatkan oleh kelab tersebut.
Rizqin Aniq Rahaizad, 20 tahun, dikenakan dua tuduhan kerana sengaja menyebabkan kecederaan selepas perlawanan di Stadium Jurong East pada 10 Februari lalu.
Dia dipercayai menumbuk seorang pemain pertahanan Albirex Niigata berusia 17 tahun, yang tidak boleh dinamakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, menyebabkan pendarahan pada bahagian mulut dan kesakitan pada giginya.
Dia juga dituduh menumbuk muka Ho Matsuoka Evangelista Kenji Austin, yang lebih dikenali sebagai Kenji Austin Ho. Rahang pemain Albirex itu bengkak dan menjadi kebas, menurut kertas pertuduhan.
Laporan lalu menunjukkan insiden itu berlaku semasa para pemain berjabat tangan selepas perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) Bawah 21 Tahun antara Tanjong Pagar dengan Albirex.
Rizqin sudah diberkas oleh pihak polis.
Pada masa itu, Albirex menyatakan Ho dimasukkan ke hospital selepas dipukul di kepala dan dibenarkan keluar selepas menjalani pemeriksaan.
Kontrak Rizqin sudah ditamatkan oleh kelabnya. Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga mengenakan larangan 30 bulan dan denda S$2,000ke atasnya disebabkan oleh tingkah lakunya yang ganas.
Kes Rizqin ditangguhkan ke bulan Ogos. Jika sabit kesalahan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.