Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain Liga Jepun dilantik jadi jurulatih bola sepak negara

Anggaran Waktu Membaca:
 Bekas pemain Liga Jepun dilantik jadi jurulatih bola sepak negara

Takayuki Nishigaya. (Gambar: J.League)

SINGAPURA: Bekas pemain Liga Jepun, Takayuki Nishigaya, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negara.

Pelantikan Nishigaya diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam sidang media pada Isnin (25 April).

Nishigaya bermula sebagai jurulatih pasukan belia di Tokyo Verdy pada 2004. Dia menjadi ketua jurulatih pasukan belia sebelum meninggalkan jawatan itu pada 2009.

Dia kemudian menjadi penolong jurulatih di Albirex Niigata pada tahun 2012 dan Mito Hollyhock dari tahun 2013 hingga 2015 sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih.

Nishigaya juga merupakan ketua jurulatih SC Sagamihara sebelum berpindah ke Matsumoto Yamaga, di mana dia menjadi ketua jurulatih bagi pasukan bawah 18 tahun, sebelum menjadi penolong pasukan utama pada 2020.

Jurulatih berusia 48 tahun itu, yang kini sedang menyiapkan kertas kerja untuk terbang ke Singapura, akan memegang jawatan barunya secara rasmi pada Mei.

Bekas pemain antarabangsa Jepun Bawah 22 tahun itu akan disokong oleh penolong, Nazri Nasir, serta jurulatih kakitangan dan penganalisis Koichiro Iizuka.

Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada kakitangan bekas jurulatih Tatsuma Yoshida.

Yoshida meletakkan jawatannya tahun lalu, setahun sebelum kontraknya dengan pasukan bola sepak negara berakhir pada Disember 2022.

“Ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi ketua jurulatih baru pasukan bola sepak nasional Singapura dan saya berbesar hati atas kepercayaan FAS terhadap saya,” kata Nishigaya.

"Saya memahami sepenuhnya tugasan berat yang datang dengan jawatan ini dan saya tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab dengan komitmen dan usaha sepenuhnya."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan