Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain bola sepak SG Haslir Ibrahim meninggal dunia pada usia 74 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain bola sepak SG Haslir Ibrahim meninggal dunia pada usia 74 tahun

Bekas pemain pasukan bola sepak negara, Haslir Ibrahim. (Gambar: Dinah Haslir/Facebook)

SINGAPURA: Bekas pemain pasukan bola sepak negara, Haslir Ibrahim, 74 tahun, meninggal dunia pada pagi tadi (7 Jun).

Khabar ini dikongsikan di Facebook oleh anaknya, Dinah Haslir, dan juga disahkan kepada BERITA Mediacorp oleh anak sulungnya, Cik Norashikin.

Seorang pemain seangkatan dengan Allahyarham Haslir, Samsudin Rahmat, juga mengesahkan tentang pemergian bekas pemain bola sepak itu.

Allahyarham Haslir Ibrahim merupakan salah satu pemain pertahanan utama pada tahun 1970-an yang bermain buat kelab-kelab seperti Toa Payoh United dan Kaki Bukit.

Beliau juga bersaing dalam Piala Malaysia bersama pemain-pemain terkenal lain seperti Samad Allapitchay, Dollah Kassim, Mat Noh dan Quah Kim Song di mana pasukan Singapura menang 3-2 menentang Pulau Pinang.

Kemenangan pada tahun 1977 itu antara yang sangat dibanggakan Singapura sehingga beribu-ribu orang menyambut pasukan tersebut di Lapangan Terbang Paya Lebar dan berarak ke Stadium Jalan Besar.

Pihak keluarga memberitahu BERITA Mediacorp bahawa Allahyarham Haslir sudah lama mengalami penyakit radang paru-paru.

Beliau meninggal dunia pada jam 12.30 pagi di rumahnya dan meninggalkan seorang balu, Munifah Hussein, 72 tahun, enam anak dan 16 cucu.

Jenazahnya kini di Blok 451 Tampines Street 42 #02-222 dan dijangka dibawa ke Masjid Al-Istighfar pada jam 11.45 pagi. 
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan