Bekas pemain bola sepak SG, D. Tokijan meninggal dunia pada usia 62 tahun
Bekas pemain bola sepak Singapura, Darimosuvito Tokijan atau lebih dikenali sebagai D. Tokijan, meninggal dunia pada usia 62 tahun pada pagi Selasa (23 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak Singapura, Darimosuvito Tokijan atau lebih dikenali sebagai D. Tokijan, meninggal dunia pada usia 62 tahun pada pagi Selasa (23 Dis).
Pemergian Almarhum disahkan oleh anak lelakinya kepada BERITA Mediacorp, namun beliau tidak dapat mengulas lanjut ketika dihubungi kerana sedang sibuk menguruskan persiapan pengebumian bapanya.
Turut mengesahkan pemergian Almarhum ialah bekas pemain midfield Singapura, Nazri Nasir yang juga merupakan bekas kapten pasukan kebangsaan.
Dalam catatannya di Instagram, bekas rakan sepasukan, Abbas Saad berkata: "D.Tokijan, saya akan merindui anda, sahabatku ❤️ Hari yang menyedihkan bagi bola sepak Singapura, anda merupakan rakan sepasukan, sahabat dan penyumbang yang hebat kepada pasukan kebangsaan."
Pemain asal Australia, Abbas Saad, adalah rakan sepasukan Almarhum dalam pasukan bola sepak Singapura dalam Liga Malaysia pada 1990.
Selepas bersara daripada bola sepak, Almarhum menggalas tugas sebagai jurulatih bola sepak dan merupakan ketua jurulatih pasukan Liga Perdana Singapura, Geylang United pada 2007.
Ini setelah menghabiskan lima tahun sebelum itu sebagai jurulatih SAFSA. Beliau juga merupakan penolong jurulatih Tanjong Pagar United F.C. sehingga akhir musim 2013.
Pada 2014, Tokijan telah dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Marko Kraljević di Balestier Khalsa dan juga bertanggungjawab sebagai ketua jurulatih skuad Liga Perdana pasukan tersebut.
Antara kemuncak kerjaya bola sepak Allahyarham ialah mewakili Singapura di Piala Asia 1984.
Allahyarham dipercayai menghidap penyakit barah.

Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.