Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain bola sepak kebangsaan M'sia Serbegeth Singh meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain bola sepak kebangsaan M'sia Serbegeth Singh meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak kebangsaan M'sia Serbegeth Singh. (Gambar: Twitter/JOHORSouthernTigers)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang Rabu (12 Jan).

Perkara itu disahkan oleh kru Astro Arena yang memaklumkan, Serbegeth atau lebih mesra dikenali sebagai Shebby jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor.

Akaun rasmi Johor Southern Tigers juga memuat naik catatan yang melahirkan rasa terkejut dengan pemergian bekas penasihat teknikal JDT dan Johor FA itu dan mengucapkan takziah.

Shebby memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983, menurut laporan Astro Awani.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia, lapor Astro Awani.

Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan