Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pelari pecut Amirudin Jamal penolong chef de mission Kontinjen Team S'pore bagi Sukan Komanwel 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pelari pecut Amirudin Jamal penolong chef de mission Kontinjen Team S'pore bagi Sukan Komanwel 2022

Lim Heem Wei dan Amirudin Jamal akan mengetuai Pasukan Singapura pada Sukan Komanwel akan datang di Birmingham. (Foto: Sukan Komanwel Singapura/Kong Chong Yew)

Diterbitkan : 17 Jan 2022 11:04PM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 11:06PM

SINGAPURA: Atlit gimnastik Olimpik Lim Heem Wei akan mengetuai Kontinjen Team Singapore sebagai chef de mission bagi Sukan Komanwel 2022 yang bakal berlangsung di Birmingham, England dari 28 Jul hingga 8 Ogos.

Bekas pelari pecut negara, Amirudin Jamal akan membantu Cik Lim sebagai penolong chef de mission, menurut Sukan Komanwel Singapura (CGS) pada Isnin (17 Jan).

Pelantikan itu diumumkan oleh CGS, dengan Larian Baton Berganti-Ganti memulakan lawatan tiga hari ke Singapura," menurut CGS.

"Larian tersebut adalah satu tradisi bagi meraikan kepelbagaian Sukan Komanwel," menurut CGS.

"Larian yang membawa perutusan dari Ratu Elizabeth itu tiba di Singapura dari India sebagai sebahagian daripada jelajah dunia bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022. Larian itu akan meliputi tanda mercu seperti Jewel Lalangan Terbang Changi, Chinatown dan Bendungan Marina."

Sukan Komanwel akan menampilkan sebanyak 283 acara daripada 20 jenis sukan termasuk program sukan para bersepadu.

Kontinjen Team Singapore diperuntukkan kuota seramai 52 atlit oleh pihak penganjur, tidak termasuk sukan tertentu yang memerlukan kelayakan dan sukan berpasukan.

CGS akan mengumumkan senarai pertama atlit pada April.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan