Bekas ketua tadbir urus FIFA dakwa Infantino tidak layak bertanding semula sebagai presiden pada 2027
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, tidak layak bertanding bagi penggal keempat pada 2027 kerana melanggar had penggal yang ditetapkan dalam peraturan badan induk bola sepak dunia itu.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, semasa upacara penyampaian trofi selepas Sepanyol menjuarai Piala Dunia Wanita Bawah 20 Tahun FIFA di Lodz, Poland, pada Ahad (27 Sep 2026). (Gambar fail: REUTERS/Kacper Pempel)
- Miguel Maduro claimed that Gianni Infantino is ineligible to run for a fourth term in 2027 because Article 33(2) of the FIFA statute limits the president to three terms, without distinguishing between full and partial terms.
- Infantino argued that his 2016–2019 term, when he replaced Sepp Blatter, should not count. The FIFA Council agreed in December 2022, but its reasons for the decision were not disclosed.
- FairSquare urged FIFA member associations to act and has contacted 52 of them. Co-founder Nicholas McGeehan is scheduled to meet Norwegian officials on Nov 4, after the NFF backed an earlier complaint.
- Maduro questioned FIFA’s accountability and the independence of its oversight, while FairSquare said it had yet to receive a response. Infantino’s nomination has been backed by Asian football leaders and several confederations, in a FIFA with 211 member electors.
- Miguel Maduro mendakwa Gianni Infantino tidak layak bertanding untuk penggal keempat pada 2027, kerana Artikel 33(2) statut FIFA mengehadkan presiden kepada tiga penggal tanpa membezakan tempoh penuh atau pendek.
- Infantino berhujah penggal 2016–2019, ketika beliau menggantikan Sepp Blatter, tidak patut dikira; Majlis FIFA bersetuju pada Disember 2022, tetapi alasan keputusan itu tidak didedahkan.
- FairSquare menggesa persatuan anggota FIFA bertindak dan telah menghubungi 52 daripadanya; pengasas bersama Nicholas McGeehan dijadual bertemu pegawai Norway pada 4 November, selepas NFF menyokong aduan terdahulu.
- Maduro mempersoalkan akauntabiliti dan kebebasan pengawasan FIFA, manakala FairSquare berkata belum menerima jawapan; sokongan pencalonan Infantino datang daripada pemimpin bola sepak Asia dan beberapa konfederasi, dalam FIFA yang mempunyai 211 anggota pengundi.
LONDON: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, tidak layak bertanding bagi penggal keempat pada 2027 kerana melanggar had penggal yang ditetapkan dalam peraturan badan induk bola sepak dunia itu.
Demikian dakwaan bekas ketua Jawatankuasa Tadbir Urus FIFA, Miguel Maduro, pada Selasa (3 Nov), ketika pertubuhan hak asasi manusia FairSquare menggesa persatuan bola sepak anggota FIFA supaya mengambil tindakan.
FairSquare sebelum ini menggesa FIFA supaya memutuskan bahawa Encik Infantino tidak layak bertanding semula kerana beliau sudah berkhidmat selama 3 penggal, iaitu had maksimum yang dibenarkan.
Bagaimanapun, Encik Infantino berhujah bahawa tempoh pertamanya sebagai presiden dari 2016 hingga 2019 tidak sepatutnya diambil kira kerana beliau dipilih dalam kongres khas pada 2016 untuk melengkapkan baki penggal Sepp Blatter yang meletak jawatan.
Pada Disember 2022, Majlis FIFA sebulat suara mengesahkan bahawa tempoh dari 2016 hingga 2019 tidak dikira sebagai satu penggal bagi Encik Infantino.
Namun, FairSquare menyatakan alasan di sebalik keputusan itu tidak pernah didedahkan kepada umum.
Encik Maduro berkata Artikel 33, perenggan 2 dalam statut FIFA jelas menetapkan bahawa seseorang tidak boleh memegang jawatan presiden melebihi 3 penggal.
Menurut beliau, peraturan itu tidak membezakan antara penggal penuh dengan penggal yang lebih pendek daripada 4 tahun.
Encik Maduro, seorang peguam dari Portugal, pernah disingkirkan daripada jawatannya di FIFA pada 2017 selepas menghalang Timbalan Perdana Menteri Rusia ketika itu, Vitaly Mutko, daripada dipilih semula menganggotai jawatankuasa tertinggi badan tersebut.
Beliau turut mempersoalkan keberkesanan sistem tadbir urus FIFA dalam memastikan presidennya bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat, khususnya apabila tafsiran peraturan boleh memberi manfaat kepada pemegang jawatan itu sendiri.
Menurut Encik Maduro, kebebasan badan-badan yang sepatutnya mengawasi kuasa presiden dan kepimpinan FIFA semakin lemah.
Reuters sudah menghubungi FIFA untuk mendapatkan ulasan berhubung dakwaan tersebut.
Sementara itu, FairSquare menyatakan pihaknya sudah menghubungi 52 persatuan bola sepak anggota FIFA, namun belum menerima sebarang maklum balas terhadap gesaan itu.
Pengarah merangkap pengasas bersama FairSquare, Nicholas McGeehan, berkata pihaknya dijadual bertemu pegawai bola sepak Norway pada Rabu (4 Nov).
Persatuan Bola Sepak Norway (NFF) sebelum ini menyokong aduan rasmi FairSquare terhadap Encik Infantino berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkecuali dalam politik.
Encik McGeehan berharap NFF akan turut mengambil pendirian dalam isu kelayakan Encik Infantino, sambil menggesa persatuan anggota lain supaya memainkan peranan masing-masing.
Encik Maduro pula mendakwa persatuan anggota FIFA keberatan bertindak secara bebas kerana wujudnya suasana takut dalam badan bola sepak dunia itu.
Encik Infantino sebelum ini mendapat sokongan daripada pemimpin bola sepak Asia bagi pencalonannya pada 2027, selain sokongan daripada beberapa konfederasi lain.
FIFA mempunyai 211 persatuan anggota yang mempunyai hak mengundi dalam pemilihan presidennya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.