Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas kapten bola sepak negara Nazri Nasir alami strok ringan setelah dimasukkan ke hospital

Bekas kapten bola sepak negara Nazri Nasir mengalami serangan angin ahmar ringan setelah dimasukkan ke hospital pada Rabu (16 Dis) bagi menjalani satu prosedur perubatan, demikian menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas kapten bola sepak negara Nazri Nasir alami strok ringan setelah dimasukkan ke hospital

(Gambar: Twitter/Young Lions)

Diterbitkan : 17 Dec 2020 05:21PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 05:24PM

SINGAPURA: Bekas kapten bola sepak negara Nazri Nasir mengalami serangan angin ahmar ringan setelah dimasukkan ke hospital pada Rabu (16 Dis) bagi menjalani satu prosedur perubatan, demikian menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (17 Dis).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, FAS menyatakan Nazri, yang dilantik menjadi jurulatih pasukan Singa Muda untuk musim 2020 Liga Perdana Singapura, sedang pulih di bawah jagaan doktornya.

"Kami meminta agar privasi beliau dan keluarganya dihormati pada masa ini," kata jurucakap FAS. "Semua orang di FAS menyampaikan ucapan cepat sembuh kepada jurulatih Nazri."

Nazri, yang merupakan bekas pemain tengah pasukan Singa, adalah sebahagian daripada skuad bola sepak yang menjulang Piala Harimau 1998. Beliau pernah dilantik jurulatih sementara pasukan negara dan kini adalah penolong jurulatih kepada Tatsuma Yoshida.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan