Bekas kapten Arsenal Tony Adams mohon jawatan jurulatih Singa
Bekas pemain pertahanan England dan kapten pasukan Arsenal, Tony Adams, dipercayai memohon jawatan jurulatih pasukan bola sepak Singapura, menurut sumber yang mempunyai maklumat tentang perkara tersebut.
(Gambar: Adrian Dennis/ AFP)
SINGAPURA: Bekas pemain pertahanan England dan kapten pasukan Arsenal, Tony Adams, dipercayai memohon jawatan jurulatih pasukan bola sepak Singapura, menurut sumber yang mempunyai maklumat tentang perkara tersebut.
Apabila dihubungi, Adams bagaimanapun tidak mahu mengesahkan berita tersebut, sebaliknya memberitahu Mediacorp melalui pesanan ringkas: "Terdapat beberapa peluang di Eropah tetapi saya tahu Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sedang mencari jurulatih baru."
Mediacorp sudah menghubungi FAS untuk mendapatkan komen.
V Sundramoorthy baru-baru ini meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Singa. Sundram meraih tiga kemenangan, lima keputusan seri dan 15 kekalahan. Prestasi hambar pasukan Singa menyebabkannya jatuh ke tangga paling rendah iaitu tangga ke-173 dalam ranking dunia FIFA.
Adams, 51, sebelum ini menjadi kapten pasukan Arsenal serta England. Beliau pernah memenangi empat kejohanan dengan pasukan dari London itu. Malah, patungnya dibangunkan di Stadium Emirates bagi memperingati sumbangannya.
Adams kemudian mendalami bidang pengurusan selepas bersara. Pada 2004, beliau meletak jawatan daripada pasukan Wycombe Wanderers, selepas pasukan itu diturunkan. Pada 2009 pula, beliau dipecat oleh Portsmouth selepas mengutip hanya 10 mata daripada 16 perlawanan.
Minggu lalu dan sehari sebelum pengurus Arsenal Arsene Wenger mengumumkan peletakan jawatannya daripada pasukan tersebut, Adams memberitahu media Britain bahawa beliau "tidak gentar" untuk mengambil alih tugas jurulatih veteran dari Perancis itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.