Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas jaguh bina badan S’pura Rano Izhar dilantik Presiden WFF

Bekas jaguh bina badan Singapura, Dr Rano Izhar Rahmat, dilantik sebagai Presiden Persekutuan Kecergasan Sedunia (WFF).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jaguh bina badan S’pura Rano Izhar dilantik Presiden WFF

Dr Rano Izhar Rahmat (dua dari kiri) dilanitk sebagai Presiden WFF.

SINGAPURA: Bekas jaguh bina badan Singapura, Dr Rano Izhar Rahmat, dilantik sebagai Presiden Persekutuan Kecergasan Sedunia (WFF).

Ini diumumkan melalui sepucuk surat oleh Presiden WFF Antarabangsa, Graeme Lancefield pada 5 Disember lalu.

WFF ditubuhkan pada 1968 di Jerman untuk memenuhi keperluan bagi pilihan gaya hidup termasuk mencapai tahap kesihatan yang baik menerusi kegiatan-kegiataban riadah dan berbentuk kecergasan.

Program kanak-kanak WFF adalah sebuah inisiatif pembelajaran awal kanak-kanak yang direka khas untuk menggalak pelibatan dalam disiplin-disiplin aerobik, gimnastik, kalistenik serta tarian rakyat dan moden.

Setiap tahun WFF Singapore akan menganjurkan pertandingan 'Mr & Miss Fitness' di peringkat nasional dan antara universiti serta politeknik. Persekutuan itu juga akan mempersiapkan para pemenang untuk diberikan peluang bersaing di peringkat antarabangsa.

Golongan kurang berkemampuan atau kurang daya upaya bahkan, juga tidak dilupakan. WFF akan menganjurkan sebuah pesta sukan kurang daya upaya di sini.

Dr Rano pernah diserang angin ahmar dan hanya mempunyai lima peratus peluang untuk hidup. Setelah pulih daripada penyakit itu 16 bulan selepas dibenarkan pulang dari hospital, beliau mengambil bahagian dalam larian sejauh 10 kilometer dan berjaya menamatkannya dalam masa 1 jam 1 minit dan 39 saat.

Setahun kemudian, Dr Rano menyertai maraton vertikal di bangunan 73 tingkat Swissotel dan berjaya menamatkannya dalam tempoh 28 minit dan 40 saat.

Maka itu, beliau ingin menyuntik inspirasi dan menggalak para bekas pesakit sepertinya untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang menggalak gaya hidup sihat dan menyertai program-program kesihatan dan kecergasan diri.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan