Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayi lelaki Cristiano Ronaldo meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:

LISBON: Pemain penyerang Portugal Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez, yang mengumumkan pada Oktober tahun lalu bahawa mereka hamil anak kembar, berkata pada Isnin (18 April) salah seorang daripada bayi kembar itu meninggal dunia.

"Dengan rasa sedih yang mendalam, kami ingin mengumumkan bahawa bayi lelaki kami meninggal dunia," kata Ronaldo dan Rodriguez dalam satu kenyataan bersama di media sosial. "Ia amat menyedihan bagi mana-mana ibu bapa.

"Hanya kelahiran bayi perempuan kami yang memberi kekuatan untuk kami menjalani saat ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan," kata mereka.

Pasangan itu memohon privasi pada masa-masa sukar ini. Pasangan itu juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas jagaan dan sokongan mereka.

"Kesakitan anda adalah kesakitan kami, Cristiano," menurut catatan Manchester United di akaun Twitternya, memberikan sokongan kepada Cristiano dan isteri.

"Kami mengirimkan kasih sayang dan kekuatan kepada anda dan keluarga pada masa ini."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan