Bayern tumpaskan Barcelona 8-2
Bayern Munich menundukkan Barcelona dengan kekalahan memalukan bagi pasukan Sepanyol itu pada Jumaat (14 Ogos), dengan keputusan sukar dipercayai 8-2 dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon yang menyebabkan Lionel Messi kecewa dan pastinya semakin dekat akhirnya satu era di Catalonia.
LISBON: Bayern Munich menundukkan Barcelona dengan kekalahan memalukan bagi pasukan Sepanyol itu pada Jumaat (14 Ogos), dengan keputusan sukar dipercayai 8-2 dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon yang menyebabkan Lionel Messi kecewa dan pastinya semakin dekat akhirnya satu era di Catalonia.
Thomas Muller menjaringkan dua gol, di antara gol-gol yang disumbatkan Ivan Perisic dan Serge Gnabry dalam 31 minit pertama permainan yang menakjubkan di stadium tanpa penonton Estadio da Luz. Gol sendiri oleh David Alaba mengembalikan Barcelona buat seketika ke kedudukan penyamaan.
Luis Suarez pada separuh masa kedua berjaya merapatkan jurang kepada 4-2, namun Barcelona gagal bertahan, dengan Joshua Kimmich menjaringkan gol kelima Bayern diikuti oleh tiga lagi gol lewat, termasuk satu daripada Robert Lewandowski dan dua oleh pemain gantian Philippe Coutinho.
Ia adalah kekalahan yang sangat memalukan bagi pasukan yang tewas, dengan Coutinho dipinjam Bavaria dari Barcelona, yang membelanjakan wang begitu banyak untuk menandatangani pemain Brazil itu pada 2018.
Perlawanan pada Jumaat itu mengembalikan ingatan kepada kekalahan teruk Brazil 7-1 di tangan Jerman dalam Piala Dunia 2014 dengan Muller turut bermain dan menjaringkan gol.
Jerman kemudian memenangi Piala Dunia itu dan Bayern kini kelihatan mempunyai peluang cerah untuk memenangi Liga Juara-Juara kali ini, namun mereka dijangka menghadapi ujian lebih sengit di peringkat separuh akhir tidak kira sama ada berdepan dengan Manchester City atau Lyon.
Ini adalah kemenangan ke-19 berturut-turut untuk mereka dalam semua pertandingan, dan kemenangan ke-28 untuk pasukan Hansi Flick. Mereka kini telah mencatat 39 gol dalam sembilan perlawanan Liga Juara-Juara musim ini.
TAMATNYA SATU ERA
Namun apa yang menjadi perbualan utama adalah kemerosotan Barcelona yang luar biasa lantas menimbulkan persoalan apakah yang akan terjadi kepada mereka sekarang.
Messi berusia 27 tahun ketika mereka kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara pada 2015. Beliau kini berusia 33 tahun dan perlawanan ini mungkin penentu untuk beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Camp Nou jika beliau ingin menang lagi.
Barca pernah berada dalam situasi serupa: Mereka ditumpaskan Bayern pada separuh akhir 2013, dengan kekalahan 7-0 secara agregat, namun ini adalah lapan gol dalam 90 minit.
Dengan pasukan semakin berusia yang menampilkan enam pemain berusia 31 tahun ke atas, ini tentu menandakan tamatnya satu era.
Jurulatih Quique Setien tidak akan bertahan. Pasukannya yang menduduki tempat kedua di belakang Real Madrid di La Liga, jelas tidak mampu mengatasi asakan Bayern.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.