Skip to main content

Sukan

Bayern rangkul kejuaraan Bundesliga ke-10, benam Dortmund 3-1

Bayern Munich meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Bundesliga untuk musim ke-10 berturut-turut selepas menewaskan pesaing terdekat Borussia Dortmund 3-1 di Allianz Arena.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayern rangkul kejuaraan Bundesliga ke-10, benam Dortmund 3-1
Diterbitkan : 24 Apr 2022 02:11PM

MUNICH: Bayern Munich meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Bundesliga untuk musim ke-10 berturut-turut selepas menewaskan pesaing terdekat Borussia Dortmund 3-1 di Allianz Arena.

Sumbangan gol dari Serge Gnabry, Robert Lewandowski dan Jamal Musiala meletakkan Bayern 12 mata di depan Dortmund dengan tiga perlawanan berbaki musim ini.

Kemenangan itu adalah yang kelapan berturut-turut ke atas Dormund, yang belum pernah menang sebarang perlawanan di Munich sejak 2014.

Bayern menjadi kelab pertama memenangi 10 gelaran berturut-turut dalam lima liga teratas Eropah, sekali gus menebus kekecewaan tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara selepas kalah kepada Villarreal awal bulan ini.

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita