Bayern Munich tutup pintu stadium kepada penyokong dek lonjakan kes COVID-19
Bayern Munich bakal mengharungi baki perlawanan di stadium sendiri secara tertutup tahun ini menyusuli peningkatan kes COVID-19 di Bavaria.
MUNICH: Bayern Munich bakal mengharungi baki perlawanan di stadium sendiri secara tertutup tahun ini menyusuli peningkatan kes COVID-19 di Bavaria.
Pada awal minggu ini, Perdana Menteri Bavaria Markus Soder mengumumkan bahawa para peminat dan penyokong dilarang daripada menghadiri perlawanan di stadium demi masa depan negara itu.
Pada Jumaat, pemerintah Bavaria meluluskan peningkatan langkah-langkah untuk membendung penularan pandemik, termasuk mengenakan larangan terhadap penonton ke dalam stadium sehingga hujung tahun ini.
Bayern akan menentang Barcelona dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah pada Khamis depan (9 Dis) tanpa penyokong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.