Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayern Munich juara Bundesliga kali ke-11 beruntun

Anggaran Waktu Membaca:

COLOGNE: Bayern Munich berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara Bundesliga buat kali ke-11 berturut-turut. 

Pasukan itu mencatat kemenangan 2-1, menumpaskan pasukan FC Cologne semalam (27 Mei) menerusi jaringan pemain Jamal Musiala pada minit ke-89 perlawanan.

Kemenangan itu secara tidak langsung membolehkan Bayern merampas trofi yang diidamkan daripada tangan penghuni teratas liga sebelumnya, Borrussia Dortmund.

Dortmund menyertai perlawanan terakhir musim dengan berada di puncak liga, namun memperoleh keputusan seri 2-2 di tangan pelawat Mainz dan ia sekali gus membenarkan Bayern 'memintas' pasukannya.

Pada perlawanan kemuncak musim itu, Bayern sama sekali tidak menyangka yang kejuaraan bakal memihak kepada mereka manakala impian Dortmund untuk menjulang piala liga buat julung-julung kalinya sejak 2012 lebur apabila ketinggalan 0-2 di tangan Mainz sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Begitupun, Dortmund tetap memerlukan kemenangan untuk muncul juara Bundesliga.

Bayern menamatkan kempen dengan 71 mata, mempunyai kelebihan perbezaan jaringan daripada Dortmund.

RB Leipzig dan Union Berlin masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat dan bakal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Walaupun memperoleh gelaran ketika Bayern berdepan musim mengecewakan, kelab itu membuat keputusan mengejut apabila memecat Ketua Pegawai Eksekutif Oliver Kahn - yang tidak berada di Cologne - dan pengarah sukan, Hasan Salihamdizic, sejurus selepas pasukan muncul juara. 

Sumber : Reuters/FZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan