Barcelona menang besar ke atas Sevilla, luaskan jurang pendahulu liga
Barcelona menang besar ke atas Sevilla untuk meluaskan jurang mata di persada liga kepada 10 mata.

Lionel Messi. (Gambar: Marcelo del Pozo/Reuters)
SEVILLA, SEPANYOL: Barcelona menang besar ke atas Sevilla untuk meluaskan jurang mata di persada liga kepada 10 mata.
Lionel Messi meraih hat-trick ke 50 dalam kerjayanya untuk memastikan Barca menang 4-2 ke atas Sevilla.
Messi juga mengumpan bola untuk gol kemenangan Barca yang disempurnakan Luis Suarez, dalam masa kecederaan.
Kemenangan itu meletakkan Barca di tangga teratas liga dengan 57 mata selepas 25 perlawanan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Bayern Munich meraikan perlawanan ke-100 di kelab itu dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Herta Berlin.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan pemain midfield Javi Martinez.
Nasib Hertha bertambah teruk selepas pemain Karim Rekik dilayangkan kad merah pada minit ke-84.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.