Skip to main content

Sukan

Barcelona berhempas-pulas untuk seri 0-0 dengan Bilbao

Pasukan teratas La Liga, Barcelona memudahkan laluan Real Madrid untuk merapatkan jurang mata selepas Barcelona hanya mampu seri 0-0 dengan Athletic Bilbao pada Ahad (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Barcelona berhempas-pulas untuk seri 0-0 dengan Bilbao

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 11:26AM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 12:02PM

BILBAO: Pasukan teratas La Liga, Barcelona memudahkan laluan Real Madrid untuk merapatkan jurang mata selepas Barcelona hanya mampu seri 0-0 dengan Athletic Bilbao pada Ahad (10 Feb).

Barca yang menghadapi tekanan sepanjang perlawanan, terselamat daripada kekalahan kerana prestasi baik oleh penjaga gawang Marc-Andre ter Stegen, yang dua kali mematahkan percubaan Inaki Williams dan menyelamatkan tendangan dari Markel Susaeta.

Barca berada di tangga teratas La Liga dengan 51 mata selepas 23 perlawanan, enam mata di hadapan Real Madrid.

Dengan kecederaan paha yang dialami Lionel Messi dan pemain bahagian belakang Jordi Alba digantung, Barca gagal menunjukkan keunggalannya seperti biasa dan membuka peluang bagi Bilbao untuk melakukan serangan bertubi-tubi.

Pemain Bilbao, Oscar de Marcos, dihantar keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada masa tambahan. Namun ini tidak cukup untuk Barca memanfaatkan peluang dan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri buat dua perlawanan liga berturut-turut setelah mencatat keputusan 2-2 dengan Valencia minggu lalu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita