Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Barcelona atasi Juve sedang 3 jaringan Morata dibatalkan

Ousmane Dembele menjaringkan gol awal dan Lionel Messi memanfaatkan penalti lewat untuk memberi Barcelona kemenangan 2-0 ke atas Juventus di Liga Juara-Juara pada Rabu (28 Okt) selepas tiga gol yang dijaringkan Alvaro Morata dibatalkan kerana ofsaid buat pasukan Serie A itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Barcelona atasi Juve sedang 3 jaringan Morata dibatalkan

Ousmane Dembele dari Barcelona beraksi berhadapan Leonardo Bonucci dari Juventus. pada 28 Okt 2020 (Gambar: REUTERS/Massimo Pinca)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 09:40AM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 09:51AM

TURIN: Ousmane Dembele menjaringkan gol awal dan Lionel Messi memanfaatkan penalti lewat untuk memberi Barcelona kemenangan 2-0 ke atas Juventus di Liga Juara-Juara pada Rabu (28 Okt) selepas tiga gol yang dijaringkan Alvaro Morata dibatalkan kerana ofsaid buat pasukan Serie A itu.

Dembele menjaringkan gol pada minit ke-14 untuk pasukan Barcelona yang baru saja ditewaskan di padang sendiri Sabtu lalu oleh Real Madrid dan dikejutkan oleh peletakan jawatan presiden kelab Josep Maria Bartomeu pada Selasa.

Messi menyempurnakan permainan baik dari pasukan Ronald Koeman dengan menjaringkan penalti ke-14 dalam kerjaya Liga Juara-Juaranya untuk menjaminkan kemenangan pertama Barca ke atas Juventus di Turin dan meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan G dengan enam mata dari dua perlawanan.

Juventus, yang masih bermain tanpa Cristiano Ronaldo selepas beliau diuji positif COVID-19 dua minggu lalu dan masih cuba bangkit semula di bawah kepimpinan Andrea Pirlo, gagal menepati sasaran gol meskipun dengan usaha Morata.

Barca mempunyai tiga peluang untuk mendahului perlawanan dalam dua minit pertama yang luar biasa.

Leonardo Bonucci cuba menggelecek di saat akhir untuk menghalang Messi, Miralem Pjanic melihat rembatannya ditangkis Wojciech Szczesny dan tendangan Antoine Griezmann pula terkena tiang. Tidak menghairankan pasukan itu mendahului perlawanan pada minit ke-14.

Hasil hantaran bola Messi yang merentasi padang, Dembele menjaringkan gol dari jarak 20 meter yang terkena Federico Chiesa dan kemudian membolosi Szczesny.

Morata melepasi benteng pertahanan dan menjaringkan gol dua minit kemudian namun ofsaid dan mengalami nasib yang sama bagi jaringan keduanya.

Juve menyangkakan ia telah menyamakan kedudukan lagi apabila Morata memanfaatkan hantaran dari Juan Cuadrado namun selepas pemeriksaan VAR yang mengambil masa lama, gol itu dibatalkan kerana tumit kirinya ofsaid.

Pemain pertahanan Juventus Merih Demiral dihantar keluar padang manakala Ansu Fati digelecek dari belakang. Messi dengan mudah memanfaatkan tendangan penalti itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan