Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Barca kembali ke Asia musim depan untuk beraksi di China, Jepun

Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona, dijangka akan melakukan lawatan ke China dan Jepun sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim ke Asia pada musim panas, menurut kelab tersebut pada Selasa (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Barca kembali ke Asia musim depan untuk beraksi di China, Jepun

Barcelona dijangka lakukan lawatan ke China dan Jepun sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim ke Asia. (Gambar: Jose Jordon/AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 12:20PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 12:28PM

BARCELONA: Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona, dijangka akan melakukan lawatan ke China dan Jepun sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim ke Asia pada musim panas, menurut kelab tersebut pada Selasa (16 Okt).

Selepas bertahun-tahun melakukan lawatan ke Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Piala Juara-Juara Antarabangsa, Barca akan kembali ke Asia buat julung-julung kalinya sejak mengadakan perlawanan persahabatan di Qatar pada Disember 2016.

Jelajah itu meningkatkan kemungkinan bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta yang menyertai pasukan Vissel Kobe pada Mei selepas 22 tahun mewakili Barca, akan turun padang menentang kelab lamanya.

Fernando Torres juga meninggalkan La Liga pada musim panas lalu untuk beraksi dalam Liga-J bersama pasukan Sagan Tosu.

"Bola sepak berkembang pada rentak yang sungguh pantas di negara-negara seperti China dan Jepun, di mana kelab kami bukan setakat mahu maju secara komersial saja tetapi juga dari segi memikat peminat baru dan mengekalkan penyokongnya," menurut kenyataan tersebut.

Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu turut menekankan betapa pentingnya pasaran Asia bagi kelabnya yang menyasarkan pendapatan satu bilion euro menjelang 2021.

Jelajah itu diumumkan selepas Barca memeterai perjanjian selama empat tahun dengan syarikat e-dagang Jepun, Rakutan, untuk menjadi penaja utama jersi pasukan tersebut sejak musim lalu. 

Sumber : AFP/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan