Banyak peluang baru bagi relawan Team Nila sumbang semula kepada masyarakat
SINGAPURA: Lebih banyak peluang akan disediakan bagi membolehkan sekitar 34,000 anggota kumpulan sukarelawan sukan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Para anggota Team Nila, iaitu gerakan yang diterajui oleh SportSG, kini boleh menggalas jawatan baru seperti penolong jurulatih dan duta kesihatan.
Peluang-peluang di luar bidang sukan juga akan disediakan seperti dalam bidang kemampanan dan warisan.
Ia diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong di majlis yang diadakan bagi mengiktiraf sumbangan sekitar 220 anggota Team Nila pada Sabtu (5 Mac).
Mereka meluangkan masa sekurang-kurangnya 90 jam melakukan kerja-kerja sukarela.
Team Nila sudahpun melakukan lebih satu juta jam kerja sukarela sejak ia dilancarkan tujuh tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.