Skip to main content

Sukan

Baku kekal dalam kalendar F1 sehingga 2030

Azerbaijan akan kekal dalam kalendar Formula Satu sekurang-kurangnya sehingga 2030 selepas sukan itu mengumumkan lanjutan kontrak selama empat tahun pada Sabtu (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Baku kekal dalam kalendar F1 sehingga 2030

Charles Leclerc dari pasukan Ferrari ketika sesi latihan di litar Bandar Baku pada 20 September 2025. (Gambar: REUTERS/Leonhard Foeger)

BAKU: Azerbaijan akan kekal dalam kalendar Formula Satu sekurang-kurangnya sehingga 2030 selepas sukan itu mengumumkan lanjutan kontrak selama empat tahun pada Sabtu (20 Sep).

Litar Bandar Baku diletakkan ke dalam kalendar sejak 2016, apabila ia disenaraikan sebagai Grand Prix Eropah. Pada hujung minggu ini, ia bakal menganjurkan perlumbaan buat kali kesembilan. Perjanjian sebelum ini dijadualkan tamat tahun depan.

“Litar ini unik, dengan bahagian teknikal dan laluan lurus yang panjang melalui pesisir pantai yang indah dan bandar lama yang bersejarah, menghasilkan perlumbaan yang penuh aksi dan menghiburkan setiap tahun,” kata Ketua Eksekutif Formula Satu, Stefano Domenicali.

“Pembaharuan ini mencerminkan keyakinan dan komitmen kukuh antara Formula Satu, Pemerintah Azerbaijan dan penganjur, serta membuka jalan kepada masa depan yang menarik di negara itu.”
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita