Badminton Thai Masters: Pemain S'pura tewaskan juara Olimpik China Lin Dan
Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew menewaskan juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan 21-19, 21-18 untuk menjuarai Kejohanan Thailand Masters pada Ahad (13 Jan).

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar: Petikan gambar daripada YouTube/BadmintonWorld.tv)
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew menewaskan juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan 21-19, 21-18 untuk menjuarai Kejohanan Thailand Masters pada Ahad (13 Jan).
Meskipun menduduki tangga ke-125 dalam senarai pemain dunia, Loh 21 tahun mempamerkan prestasi yang cemerlang untuk menewaskan pilihan pertama dalam kejohanan itu.
Dengan kemenangan itu, Loh membawa pulang cek bernilai AS$11,250 (S$15,000).
Pertarungan dengan Lin adalah yang pertama buat Loh.
Jaguh badminton yang berasal dari China itu kini menduduki tangga ke-13 dalam senarai pemain dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.