Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Terbuka S'pura dibatalkan dek cabaran COVID-19

Kejohanan badminton Terbuka Singapura akan dibatalkan, demikian diumumkan pihak penganjurnya, Persatuan Badminton Singapura (SBA) dan Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) pada Rabu (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Terbuka S'pura dibatalkan dek cabaran COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 May 2021 09:43PM Dikemas Kini : 12 May 2021 09:48PM

SINGAPURA: Kejohanan badminton Terbuka Singapura akan dibatalkan, demikian diumumkan pihak penganjurnya, Persatuan Badminton Singapura (SBA) dan Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) pada Rabu (12 Mei).

Kejohanan itu yang dijadual diadakan antara 1 Jun hingga 6 Jun, tidak akan dijadualkan semula.

Dalam satu kenyataan bersama, SBA dan BWF menyatakan keputusan itu dibuat atas sebab kesihatan dan keselamatan.

"Kesemua usaha telah dilakukan pihak penganjur dan BWF untuk memastikan sekitaran kejohanan yang selamat untuk semua peserta," menurut SBA dan BWF.

"Namun, jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia menimbulkan masalah rumit dalam menguruskan perjalanan masuk pelawat ke Singapura. Justeru, demi kepentingan semua pemain, kakitangan kejohanan dan keselamatan serta kesihatan masyarakat tempatan, kejohanan ini dibatalkan."

Acara Terbuka Singapura, merupakan kejohanan Super 500 dalam Jelajah Dunia BWF dan kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Sukan Olimpik Tokyo - sistem mata ranking ‘Race to Tokyo’ (RTT) yang menentukan siapa layak bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadual semula kepada 23 Julai.

Tempoh bagi sistem Race to Tokyo itu akan berakhir pada 15 Jun.

BWF akan mengeluarkan kenyataan lanjut berkaitan kelayakan Olimpik pada tarikh kemudian, menurut kenyataan bersama itu.

Edisi Terbuka Singapura pada tahun lalu juga dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Pada Jumaat, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penangguhan Terbuka Malaysia yang dijadualkan dari 25 Mei hingga 30 Mei, selepas satu lagi kejohanan dalam RTT iaitu Terbuka India yang dijadualkan 11-16 Mei ditangguhkan dua minggu lepas, kedua-duanya akibat peningkatan kes COVID-19. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan