Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Pemain S'pura Yeo Jia Min berjaya mara ke peringkat akhir Terbuka Hylo

Pemain badminton negara Yeo Jia Min menumpaskan pemain nombor 11 dunia Michelle Li dalam acara perseorangan wanita di Kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman pada Sabtu (6 Nov) untuk mara ke peringkat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Pemain S'pura Yeo Jia Min berjaya mara ke peringkat akhir Terbuka Hylo

Gambar fail Yeo Jia Min semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Gambar: Facebook/Team Singapore)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 10:33PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 10:40PM

SINGAPURA: Pemain badminton negara Yeo Jia Min menumpaskan pemain nombor 11 dunia Michelle Li dalam acara perseorangan wanita di Kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman pada Sabtu (6 Nov) untuk mara ke peringkat akhir.

Yeo, bukan pemain pilihan, mencatat kemenangan 21-12, 23-25, 21-12 ke atas lawannya dari Kanada. Li adalah pemain pilihan ketiga dalam kejohanan yang menawarkan AS$320,000 (S$431,000) itu.

Ini adalah kali pertama dalam kerjayanya Yeo melayakkan diri ke satu perlawanan akhir Super 500 Jelajah Dunia BWF. Yeo kini berada di tangga ke-26 dunia.

Remaja itu menunjukkan prestasi yang amat baik baru-baru ini, setelah melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis minggu lalu.

Warga Singapura berusia 22 tahun itu bakal berdepan dengan pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan, atau rakan senegaranya Phittayaporn Chaiwan pada Ahad.

Lewat malam ini, rakan senegara, Loh Kean Yew pula akan berentap dengan pemain India, Lakshya Sen bagi merebut tempat di peringkat akhir perseorangan lelaki. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan