Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Pemain S'pura Loh Kean Yew, Yeo Jia Min mara ke separuh akhir kejohanan Jerman

Pemain badminton negara Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min meneruskan prestasi cemerlang mereka di Kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman pada Jumaat (5 Nov) dan mara ke separuh akhir kejohanan yang menjanjikan hadiah bernilai AS$320,000 (S$431,000) itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Pemain S'pura Loh Kean Yew, Yeo Jia Min mara ke separuh akhir kejohanan Jerman

Gambar fail Yeo Jia Min (kanan) dan Loh Kean Yew (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 03:52PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 03:56PM

SINGAPURA: Pemain badminton negara Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min meneruskan prestasi cemerlang mereka di Kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman pada Jumaat (5 Nov) dan mara ke separuh akhir kejohanan yang menjanjikan hadiah bernilai AS$320,000 (S$431,000) itu.

Loh, yang bukan pemain pilihan mengalahkan pesaingnya dari Denmark, Rasmus Gemke, 21-11, 19-21, 22-20 dalam perlawanan sengit selama 70 minit.

Gemke adalah pemain pilihan kelima kejohanan itu dan menduduki tempat ke-13 dalam senarai dunia
manakala Loh berada di tempat ke-39.

Sebelum ini Loh mengalahkan lawannya, Chou Tien-chen di pusingan pembukaan kejohanan itu. Warga Singapura itu kemudian menundukkan pemain ke-35 dunia Toma Junior Popov dari Perancis, dalam pusingan 16 perlawanan.

Loh bakal bertemu pemain dari India Lakshya Sen dari India untuk menempah tempat di peringkat akhir.

Loh pernah berentap dengan pemain nombor 21 dunia itu, dan berjaya mengalahkan Sen di Terbuka Belanda pada Oktober. Bagaimanapun Loh juga pernah tewas di tangan lawan yang sama minggu lalu di pusingan 16 Terbuka Perancis.

Dalam pada itu, Yeo, 22 tahun, turut menunjukkan prestasi yang baik dalam acara perseorangan wanita.

Pemain warga Singapura itu menundukkan pesaingnya dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung 21-19, 21-17 pada pusingan 16 perlawanan. Tunjung merupakan pemain pilihan keenam kejohanan itu dan menduduki tempat ke-23 dalam senarai dunia.

Pada Jumaat, Yeo mengalahkan pemain Belgium, Lianne Tan (nombor 38 dunia) untuk merebut tempat di separuh akhir. Pemain Singapura itu ketinggalan 14-21, tetapi bangkit dan memenangi dua perlawanan seterusnya 21-9, 21-18.

Yeo, yang menduduki tempat ke-26 dunia akan menentang pemain pilihan ketiga Michelle Li. Li adalah pemain ke-11 dunia.  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan