Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Aubameyang sertai Barcelona selepas tinggalkan Arsenal

Anggaran Waktu Membaca:
Aubameyang sertai Barcelona selepas tinggalkan Arsenal

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 03 Feb 2022 04:05PM Dikemas Kini : 03 Feb 2022 04:06PM

LONDON: Teka-teki status Pierre-Emerick Aubameyang dalam pasukan Arsenal akhirnya terjawab setelah The Gunners mengesahkan bahawa bekas kaptennya sudah dilepaskan atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Persetujuan bersama itu secara tidak langsung membolehkan pemain Gabon tersebut menyertai kelab La Liga, Barcelona secara percuma.

Penyerang berusia 32 tahun itu tidak bermain untuk Arsenal sejak Disember lalu selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta melucutkan status kaptennya setelah pemain tersebut melakukan pelanggaran disiplin.

Aubameyang juga sebelum ini dibenarkan meninggalkan skuad Gabon daripada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon dan kembali ke pangkuan Arsenal untuk meneruskan pemulihan daripada jangkitan COVID-19.

Ini setelah Persatuan Bola Sepak Gabon turut mendapati Aubameyang mempunyai masalah kesihatan.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Auba bagi perjalanan karier seterusnya dan berterima kasih atas sumbangannya kepada Arsenal selama ini,” menurut Arsenal dalam satu kenyataan di laman webnya.

Aubameyang yang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund empat tahun lalu adalah pemain terakhir yang dipikat oleh bekas pengurus Arsene Wenger.

Aubameyang yang popular dalam kalangan penyokong The Gunners telah menjaringkan 92 gol dalam 163 perlawanan untuk kelab itu.

Antara sumbangan pentingnya di London adalah semasa membantu Arsenal merangkul kejuaraan Piala FA ke-14 pada 2020, dengan menjaringkan kedua-dua gol ketika menewaskan Chelsea 2-1, selain menjaringkan dua gol semasa menentang Manchester City pada peringkat separuh akhir.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan