Atlit wushu Kimberly Ong raih gangsa; pingat pertama SG di Sukan Asia
Anggaran Waktu Membaca:
Atlit wushu Kimberly Ong merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 2023 pada 25 Sep. (Gambar: SNOC/Eng Chin An)
HANGZHOU: Atlit wushu Kimberly Ong merangkul pingat gangsa, sekali gus menjadikannya pingat pertama buat Singapura di Sukan Asia 2023 pada Isnin (25 Sep).
Acara pusingan akhir changquan wanita yang berlangsung di Pusat Sukan Xiaoshan Guali itu, menyaksikan atlit dari Macau Li Yi menggondol pingat emas, sementara atlit dari Hong Kong Liu Xuxu meraih pingat perak.
Rakan sepasukan Ong, Zoe Tan pula menduduki tempat keempat.
Ong, 21 tahun, merupakan juara bertahan Sukan SEA dua tahun berturut-turut bagi acara gabungan daoshu dan gunshu wanita.
Tirai Sukan temasya tersebut dibuka secara rasmi oleh Presiden China Xi Jinping pada Sabtu malam, setelah tertangguh selama setahun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.
Dalam edisi sebelumnya pada 2018, kontinjen Team Singapore meraih pungutan empat emas, empat perak dan 14 gangsa.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.