Skip to main content

Sukan

Atlit Team S'pore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tiba di Jepun

Kumpulan pertama atlit Team Singapore yang mewakili negara ini di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berangkat tengah hari tadi (19 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit Team S'pore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tiba di Jepun

Kumpulan pertama atlit Team Singapore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020. (Gambar: Sport Singapore)

SINGAPURA: Kumpulan pertama atlit Team Singapore yang mewakili negara ini di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berangkat tengah hari tadi (19 Ogos).

21 individu itu, yang termasuk para pegawai Team Singapore dan para atlit sukan berkuda, sukan renang dan sukan angkat berat 'powerlifting', dijadual tiba di Tokyo pada 8.50 malam ini (waktu Singapura).

Nur'Aini Mohamad Yasli dan jurulatihnya. (Gambar: Team Singapore)

Nur'Aini Mohamad Yasli dan jurulatihnya. (Gambar: Sport Singapore)

Antara yang berangkat hari ini ialah para atlit Paralimpik kali pertama Nur 'Aini Mohamad Yasli, Sophie Soon Jin Wen dan Toh Wei Soong serta atlit renang dan juara bertahan bagi acara kuak lentang 50 meter dan kuak lentang 100 meter wanita, Yip Pin Xiu.

Para atlit menunggang kuda. (Gambar: Sport Singapore)

Para atlit menunggang kuda. (Gambar: Sport Singapore)

Atlit menunggang kuda Gemma Rose Foo dan Maximillian Tan, yang juga bakal membuat kemunculan kali ketiga di Sukan Paralimpik, juga antara yang berangkat tengah hari tadi.

Atlit berbasikal Steve Tee dan atlit pesaingnya Ang Kee Meng antara yang terdahulu tiba di Tokyo semalam.

Laurentia Tan, yang juga atlit veteran bagi sukan menunggang kuda, tiba di Tokyo sekitar 2.15 petang (waktu Singapura).

Kumpulan kedua Team Singapore, atlit pemanah Nur Syahidah Alim and atlit lontar peluru Muhammad Diroy Noordin akan berangkat ke Tokyo pada Ahad ini.

Para atlit sukan renang. (Gambar: Sport Singapore)

Para atlit sukan renang. (Gambar: Sport Singapore)

Chef de Mission kontinjen Team Singapore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cik Shirley Low berkata: "Pasukan kami sangat teruja Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kini sudah tiba. Kami menaiki pesawat dengan penuh semangat dan tidak sabar bagi apa yang menanti kami.

"Meskipun tiada upacara untuk menghantar atlit akibat sekatan COVID-19, saya yakin rakyat Singapura akan menyokong para atlit kami, menonton dan bersorak untuk mereka dari Singapura.

"Saya menanti-nantikan untuk melihat aksi para atlit kami di Tokyo."

JADUAL PERTANDINGAN ATLIT SINGAPURA

Yip Pin Xiu akan menjadi atlit Singapura pertama untuk beraksi pada 25 Ogos pada 8.56 pagi (waktu Singapura).

Beliau akan bertanding dalam pusingan kelayakan bagi acara kuak lentang 100 meter wanita.

Jika beliau berjaya mara ke peringkat akhir, Yip bakal beraksi sekali lagi pada 2 September.

Nur'Aini pula akan bertanding dalam acara angkat berat 'powerlifting' bagi kategori wanita 45 kilogram bermula 3.30 petang pada 26 Ogos.

Nur Syahidah pula bakal beraksi bagi pusingan penyingkiran sukan memanah pada 8.00 pagi pada 29 Ogos.

Sekiranya berjaya, beliau akan beraksi dalam pusingan-pusingan seterusnya pada keesokan harinya.

Muhammad Diroy pula akan bertanding dalam acara lontar peluru pada 29 Ogos pada 9.57 pagi (waktu Singapura).

Orang ramai boleh ikuti Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di saluran khas MeWatch dengan mendaftar di mewatch.sg/paralympics2020. Mediacorp adalah Rangkaian Paralimpik Singapura.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita