Atlit sukan luncur air 'kite foil' SG Maxzimilian Maeder dinobat juara dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/SingaporeSailing
SINGAPURA: Atlit sukan luncur air 'kite foil' Singapura Maxzimilian Maeder merangkul pingat emas dalam acara 'kite' lelaki di Kejuaraan Dunia Sukan Layar di The Hague, Belanda, pada Sabtu (19 Ogos).
Rakyat Singapura berusia 16 tahun itu menduduki takhta juara sementara atlit Slovenia Toni Vodisek menduduki tempat kedua.
Selepas memenangi tempat kedua pada hujung siri pembukaan acara tersebut, Maeder turut menjamin kedudukan Singapura untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau meraih 23 mata bersih dalam 20 perlumbaan yang diadakan sepanjang lima hari, disusuli oleh Vodisek yang meraih hanya satu mata kurang daripadanya.
Maeder kini menduduki tangga ketujuh dalam ranking dunia dan bulan lalu sahaja, dia memenangi pingat ketiganya berturut-turut dalam Kejuaraan Formula Kite Belia Dunia.
Seramai empat pelayar mewakili Singapura dalam edisi lalu Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo.

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.