Atlit sukan layar SG bawa pulang 3 pingat emas, 4 pingat perak

(Gambar: Eng Chin An/SNOC)
SINGAPURA: Atlit sukan layar Singapura merangkul tiga daripada sembilan pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Sihanoukville, Kemboja pada Isnin (8 Mei).
Ryan Lo membawa pulang pingat emas ketiganya dalam acara ILCA 7 lelaki.
Isaac Goh pula memenangi tempat pertama dalam acara ILCA 4 campuran manakala gabungan Ellyn Tan dan Chia Teck Pin menjuari acara 29er terbuka campuran.
Singapura turut meraih pingat perak dalam empat acara lain pada Isnin - Jania Ang dalam acara ILCA 6 wanita, Elkan Reshawn Oh dalam acara iQFOiL 'windfoil' lelaki, Jayson Tan dalam RS:X luncur angin lelaki serta Ethan Chia dan Cheryl Yong dalam acara Optimist campuran.
Acara sukan layar kembali ke Sukan SEA tahun ini setelah dikeluarkan daripada program untuk edisi sebelum ini di Vietnam.
Pasukan atlit sukan layar Singapura pernah meraih 55 pingat emas di Sukan SEA antara 1989 hingga 2019.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.