Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit sukan layar Ryan Lo raih emas kedua SG di Sukan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit sukan layar Ryan Lo raih emas kedua SG di Sukan Asia

Atlit sukan layar negara Ryan Lo di Sukan Asia pada 26 Sep 2023. (Gambar: SportSG/Jeremy Lee)

NINGBO: Setelah terlepas rangkul pingat emas di Sukan Asia 2010 dan 2018, atlit sukan layar negara Ryan Lo akhirnya berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia pada Rabu (27 Sep). Ia sekali gus merupakan pingat emas kedua bagi Singapura.

Lo menang acara ILCA7, menumpaskan juara bertahan tiga kali Ha Jeemin dan atlit dari India Vishnu Saravanan.

Pingat emas yang dimenanginya itu sekali gus bermakna Lo sudah menjamin kedudukan Singapura untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

Lo menang pingat gangsa dalam acara yang sama di Sukan Asia 2018. Dia juga meraih pingat yang sama bagi edisi sukan temasya itu pada 2010.
Pada Selasa, pasukan sukan layar negara memungut dua pingat perak dan dua pingat gangsa menerusi Justin Liu dan Denise Lim (Nacra 17) dan Isaac Goh (ILCA4 lelaki) serta Keira Carlyle (ILCA4 wanita) dan pasangan Kimberly Lim dan Cecilia Low (49erFX wanita).

Di edisi Sukan Asia sebelumnya pada 2018, kontinjen sukan layar Singapura berjaya memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa. Team Singapore pula secara keseluruhannya, berjaya meraih empat emas, empat perak dan 14 gangsa.

Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan