Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit Rusia kecam larangan IOC terhadap atlit Rusia & Belarus

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Juara lompat tinggi Olimpik Rusia, Mariya Lasitskene mendakwa Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mencipta 'perang baru' dengan mengesyorkan atlit Rusia dilarang daripada beraksi dalam pertandingan antarabangsa.

Demikian menurut laporan Harian Metro yang menukil AFP. 

Berikutan pencerobohan Ukraine pada Februari, IOC mengesyorkan larangan ke atas atlit Rusia dan Belarus, permintaan yang diikuti oleh kebanyakan persekutuan.

"Kamu kata kamu membuat keputusan ini untuk keselamatan kami tetapi itu tidak benar. Pemain tenis Rusia yang bermain di seluruh dunia membuktikannya.

"Peminat menyukai atlit kerana persembahan yang mereka pamerkan, bukan kerana kewarganegaraan mereka.

"Dalam lompat tinggi, pesaing utama saya adalah atlit Ukraine. Saya tidak tahu bagaimana untuk memandang mata mereka, atau apa yang perlu saya katakan kepada mereka.

"Mereka dan keluarga mereka mengalami apa yang tidak sepatutnya dialami oleh seorang manusia.

"Keputusan anda tidak menghentikan perang sebaliknya mencetuskan perang baru di sekeliling dan di dalam sukan, yang mustahil untuk dibendung," tulis Lasitskene dalam surat terbuka di Instagram miliknya.

Juara dunia tiga kali itu menambah: "Saya rasakan anda tidak mempunyai keberanian atau maruah untuk menamatkan sekatan terhadap atlit Rusia."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan