Atlit penembak negara, Poh Lip Meng meninggal dunia
Atlit negara acara menembak, Poh Lip Meng meninggal dunia semalam (22 Dis) selepas rebah semasa berlari-lari anak.
(Gambar: Facebook/SSA)
SINGAPURA: Atlit negara acara menembak, Poh Lip Meng meninggal dunia semalam (22 Dis) selepas rebah semasa berlari-lari anak.
Mendiang berusia 52 tahun.
Poh dikejarkan ke Hospital Besar Changi selepas rebah dan disahkan meninggal dunia di CGH.
Menurut Persatuan Menembak Singapura, mendiang dipilih mewakili Singapura di Sukan SEA Hanoi pada tahun depan.
Mendiang juga memegang rekod kebangsaan bagi acara pistol angin 10 meter dan pistol bebas 50 meter.
Komitmennya membolehkan Singapura merangkul pingat perak dan emas di temasya Sukan SEA ke-27 dan ke-28.
Dalam catatannya di Facebook, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Encik Tan Chuan-Jin menyifatkan mendiang Poh sebagai atlit contoh yang sering menyapa sesiapa saja yang ditemuinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.