Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit paralimpik diberi hadiah wang tunai lebih besar

Anggaran Waktu Membaca:
01:18 Min
SINGAPURA: Atlit kurang upaya akan mendapat ganjaran wang tunai lebih besar jika menang pingat emas bagi Singapura.
Diterbitkan : 02 Jul 2022 06:45PM Dikemas Kini : 02 Jul 2022 09:47PM
SINGAPURA: Atlit kurang upaya akan mendapat ganjaran wang tunai lebih besar jika menang pingat emas bagi Singapura.

Hadiah wang tunai lebih besar itu akan mula diberikan kepada atlit Sukan Para ASEAN yang bermula hujung bulan ini di Indonesia.

Presiden Majlis Paralimpik Nasional Singapura, Dr Teo Koh Sock Miang mengumumkan perubahan itu di upacara penyerahan bendera kepada peserta Sukan Para ASEAN itu.

Anugerah Pencapaian Atlit yang disemak semula itu ditaja bersama Tote Board dan DBS.

Di bawah perubahan tersebut atlit acara perseorangan yang menang pingat emas dalam Sukan Para ASEAN bakal menerima S$5,000, kenaikan S$2,000 daripada jumlahnya yang lalu.

Namun ia dihadkan kepada tiga pingat emas bagi seseorang peserta.

Atlit-atlit yang menyertai acara berpasukan pula akan menerima S$8,000 jika menang pingat emas, naik daripada S$3,000.

Bagi sukan berpasukan, nilai ganjarannya dinaikkan daripada S$12,000 kepada S$16,000.

Selain itu, atlit yang menang pingat emas Sukan Paralimpik akan menerima ganjaran setengah juta dolar berbanding S$100,000 sebelum ini.

Singapura diwakili 37 atlit di Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia yang berlangsung selama seminggu dari 30 Julai hingga 6 Ogos.

Pasukan Singapura akan bersaing dalam sembilan acara, dengan 16 atlit membuat penampilan sulung mereka.
Sumber : CNA/IA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa